Makanan Terbaik Untuk Otak Anak


Assalamualaikum... 

Anak-anak yang sedang membesar memerlukan nutrisi yang seimbang dan mencukupi bagi membantu mereka kekal sihat dan cergas. 
Harini saya nak kongsikan dengan anda, beberapa ketogori makanan yang meningkatkan kemampuan otak kanak-kanak.

1. Bijirin

Semangkuk bijirin sebagai sarapan pagi adalah sangat bagus untuk anak-anak. Namun harus berhati-hati dalam memilih bijirin kerana kini terdapat banyak bijirin yang mengandungi sekitar 50% gula dengan sedikit sahaja serat, vitamin, dan mineral.

2. Telur

Telur kaya akan protein, vitamin A (untuk penglihatan), vitamin D (untuk pertumbuhan tulang), vitamin E (untuk mencegah penyakit), dan vitamin B12 (untuk membentuk sel darah merah). Kuning telur mengandungi lecithin yang dianggap penting sebagai makanan otak, yang bersifat baik untuk daya ingat dan konsentrasi kerana mengandung zat besi yang penting bagi fungsi otak.


3. Buah kiwi

Buah kiwi mengandungi vitamin C dua kali ganda berbanding buah oren dan sebiji kiwi akan memberikan keperluan vitamin C harian bagi orang dewasa. Vitamin C penting untuk menyerap zat besi daripada dalam makanan. Kerana vitamin C tidak boleh disimpan dalam tubuh, maka anak-anak perlu mengambil makanan yang kaya akan vitamin C untuk memenuhi keperluannya sehari-hari.


4. Buah pisang

Pisang adalah sumber karbohidrat dengan kandungan tenaga yang baik. Memakan sebiji pisang akan membantu anak menjaga tahap tenaga dan tumpuannya sepanjang hari.

5. Buah-buahan kering

Cubalah untuk mengenalkan buah-buahan kering pada anak-anak, sebagai puding atau snack ditengah hari. Buah-buahan yang kering sangat kaya akan zat besi dan juga sumber tenaga.


6. Minyak ikan

Beberapa jenis asid lemak tidak dihasilkan di dalam tubuh dan harus diperolehi dari makanan. Lemak menjadi komponen utama otak. Perlu diketahui, sebahagian besar otak terdiri daripada asid lemak yang berperanan penting dalam fungsi sel-sel otak.


7. Keju

Keju adalah makanan yang kaya akan zat pemakanan, protein, dan kalsium yang bersifat baik untuk kesihatan tulang dan gigi. Keju juga bersifat baik untuk gigi anak kerana dapat membantu meneutralkan asid penyebab kerosakan gigi.



Sebagai ibu bekerja, saya agak kekangan masa untuk berikan kepada anak-anak saya jenis makanan yang tersenarai di atas. Sekali sekala saja saya boleh berikan kepada mereka.Itu pun tunggu waktu saya cuti hujung minggu. Jadi langkah terbaik untuk saya berikan yang terbaik kepada anak-anak, saya berikan makanan tambahan/suplement kepada mereka. Omega Guard bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak. Di dalam nya terdapat EPA & DHA yang sangan penting untuk otak mereka. 

Alhamdulillah, anak saya lebih fokus semasa di Taska. Sebelum nie cikgu selalu cakap, dia susah nak ikut apa cikgu ajar. Tapi sekarang setiap hari balik sekolah ada saja yang dia bagitau saya apa yang dia belajar di Taska. 



Pertanyaan & Pesanan hubungi :

------------------------
Norhada | 017.590.4238 | Pengedar Sah Shaklee
FB : Norhada Azhar

No comments:

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA
Copyright to IbuHadifBiz.Com
Designed by UMIESUEstudio 2015