BENGKAK SUSU


Pernah alami BENGKAK SUSU ? 
Bagi ibu-ibu yang pernah alami masalah Bengkak susu pasti tahu bagaimana seksanya menahan sakit akibat daripada masalah Bengkak Susu nie kan ? 
Kadang-kadang tu ada yang rasa sampai payudara nak pecah..

BENGKAK SUSU nie kerap berlaku pada tempoh waktu berpantang kerana waktu tu susu sangat banyak dihasilkan.Susu ini tersimpan di dalam tisu di sekeliling salur susu sehingga menyebabkan ia membesar lebih dari kapasiti selesa. Hati-hati dengan ibu-ibu yang mengalami masalah bengkak susu nie.. silaplangkah buruk padahnya... Mereka akan jadi seorang yang cepat melenting disebabkan kesakitan yang amat terpaska di tanggung waktu itu. 

APAKAH PUNCA BENGKAK SUSU TERJADI ?

1- Si ibu lambat mengepam susu
2- Hormon Lacta (hormon susu) banyak terhasil pada waktu tengah malam sehingga subuh
3- Penyusuan susu ibu yang tak teratur terutamanya bila baby termiss waktu yang sepatutnya dia disusukan.
4- Payudara tidak dikosongkan.Payudara perlu dikosongkan supaya tak ada susu terkumpul. Kalau dibiarkan berterusan , bila disusukan pown boleh menyebabkan bengkak susu berlaku.. jangan biar breast kita cekang terlalu lama.

PETUA ATASI MASALAH BENGKAK SUSU 

1- Menyikat payudara yang bengkak dengan sikat ( sikat menghala ke puting)
2- Tuam dengan tuala suam 
3- Tekap daun kobis


No comments:

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA
Copyright to IbuHadifBiz.Com
Designed by UMIESUEstudio 2015