Vitamin Ibu Menyusu


Ramai ibu-ibu yang pm hada, tanya kan apakah Vitamin yang boleh membanyakkan susu badan.
Sebenarnya, tiada istilah Vitamin boleh membanyakkan susu badan TETAPI :

"ILMU PENYUSUAN adalah makanan utama/Vitamin dalam penghasilan susu badan tersebut"

" Habis tu kenapa ada lambakan penjual yang katnya ada Vitamin banyakkan susu badan?"

Pertama kita (^_^) dulu... Kedua... tarik nafas..
Ok Jawapan saya :

Terdapat banyak salah faham tentang penyusuan,perkaitannya dengan pemakanan dan praktikal penyusuan susu ibu dengan betul.

Antara kesilapan2 terawal yang mungkin dibuat oleh seorang ibu yang ingin menyusukan anaknya sepenuhnya sehingga usia 2 tahun :

>> Tidak belajar konsep penyusuan yang betul
>> Tidak faham apa itu "SUPPLY" and "DEMAND"
>> Terpengaruh dengan lambakan produk yang boleh membanyakkan susu ibu
>> Terpengaruh dengan lambakan tips2,membanyakkan susu badan yang menekankan  melalui makanan untuk tambah susu badan
>> Tidak berjumpa dengan orang yang betul untuk belajar tentang ilmu penyusuan ( contoh : bertanya kepada ibu yang tidak pernah menyusu)
>> Mengambil remeh ilmu penyusuan susu ibu

Vitamin, atau apa saja pemakanan yang katanya boleh memperbanyakkan susu badan, sebenarnya hanyalah berfungsi sebagai pemberi sokongan kepada tubuh badan ibu.Ia menutup ruang2 yang lompong.Iaitu membekalkan vitamin,nutrisi dan juga khasiat yang tidak dapat ditampung/dihasilkan melalui pemakanan si ibu.

Misalnya pengambilan sayuran hijau.Ia membekalkan Vitamin B dan asid folid bagi ibu menyusu dan sesiapa saja.Daging dan kacang soya membekalkan protein.Longan kering membekalkan kalori.
Jadi tidak hairanlah jika susu badan ibu semakin banyak selepas pengambilan makanan seperti ini.

Kalau hari2 makan nasi berlauk ikan kering, dari mana nak datangnya khasiat untuk si ibu dalam penghasilan susu badan.Bilamana badan kurang nutrisi,penghasilan susu ibu turut akan terbantut. 

Dalam hal ini,Vitamin hanya membantu ibu2 yang mengalami masalah dalam penyusuan untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi yang tidak dapat dipenuhi dalam diet harian.

Makan BANYAK dengan makan makanan yang SIHAT berbeza.
Makan BANYAK boleh jadi HAMPAS saja.Tambahan pula jika si ibu :

1- Kerap makan diluar (biasanya ibu bekerja)
2- Makan makanan segera,makanan rapu, dll
3- Selalu skip makan
4- Kurang rehat
5- Tak cukup tidur
6- Sering sakit
7- Mengalami masalah kesihatan

Jadi mereka memerlukan sokongan vitamin bagi memenuhi keperluan tubuh yang rosak akibat masalah di atas :




TESTIMONI. 1



 TESTIMONI. 2

TESTIMONI. 3



Untuk Pertanyaan & Pesanan
Hubungi : Norhada
017.590.4238
Pengedar Sah Shaklee
988 270

Apa Itu Osteoarthritis ?






Assalamualaikum... entry yang lepas hada ada share tentang Osteoporosis...Iaitu keretakan pada tulang.

Entry kali nie nak cerita pulak pasal Osteoarthritis... susahnya nak nulis heehee..
Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis sakit sendi yang mempunya ciri keradangan.Sendi pula ialah bahagian badan dimana dua tulang berlainan bertemu.

Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus.Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak , sakit , kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif ( penyakit degeneratif sendi).

Keradangan berlaku kerana darah ( tidak cukup khasiat ) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat.Ini kerana.tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.

Sendi yang selalu berlakunya keradangan adalah lutut.Hal ini kerana,lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.


TANDA-TANDA Osteoarthritis 
  • Sakit pada sendi yang terlibat
  • Kesukaran untuk membengkok atau meluruskan sendi yang terlibat
  • Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan
  • Adanya pembesaran tulang sendi

SET UNTUK KESIHATAN SENDI YANG BAIK




Rahsia Di Sebalik Senyuman


  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
  15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Air Mata Menitis Tanpa SEDAR.

Untuk RENUNGAN bersama ...

' Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesidahan yang baik adalah bagi orang2 yang bertakwa.
(Surah Taha , 20:132)'

Adakah kita sayangkan Allah swt sepertimana sayangnya Allah swt kepada kita ?

' Sesungguhnya Allah sangat2 gembira terhadap taubat salah seorang diantara kamu jauh melebihi kegembiraan salah seorang dari kalangan kamu di saat ia mendapat kembali untanya yang telah hilang. ( Imam Muslim )'

" Sesungguhnya Allah merasa cemburu. Dan seorang mukmin pown berasa cemburu.
Adapun kecemburuan Allah itu akan bangkit tatkala seorang mukmin melakukan sesuatu yang Allah haramkan atasnya." ( Imam Al Bukhari Dan Muslim )


Apa Itu Osteoporosis?


Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang,menyebabkan tulang menjadi rapuh.

Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam.Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.

Tulang normal mengandungi protein,kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.

Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah.

Keretakan terjadi samada dalam bentuk retak  ( seperti pinggul retak ) atau rekahan mampat pada tulang vetebra tulang belakang.Tulang belakang,pinggul dan pinggang adalah kawasan yang kerap mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.

SIMPTOM OSTEOPOROSIS 

Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah.

Sesetengah retak osteoporosis sukar dikesan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar yang dirinya mengalami osteoporosis sehingga mengalami keretakan tulang yang menyakitkan.

Retak di bahagian vetebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk dari bahagian belakang hingga ke sisi badan.

Keretakan boleh berulang selepas beberapa tahun dan menyebabkan kesakitan pada tahap kronik bahagian belakang terutamanya di pinggang dan pinggul yang kelihatannya seperti berbonggol.

Contoh keadaan Osteoporosis

Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau retak stress.Contohnya ,sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh menyebabkan retak stress lebih teruk di kaki ketika berjalan.

Retak pinggul pula biasa berlaku disebabkan terjatuh.Dikalangan pesakit osteoporosis, retak pinggul boleh berlaku walaupun dalam kemalangan yang kecil.Retak pinggul juga sukar di rawat kerana kualiti tulang yang sudah teruk.



Dengan pengambilan Ostematrix kalsium, anda boleh mengatasi masalah osteoporosis ini.
Ingin maklumat lanjut, sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi hada :

sms/whatapps : 017.590.4238
fb : Norhada Azhar
No.id : 988 270

HATI ADALAH RAJA



  • Nukman bin Basyir melaporkan, Rasulullah s.a.w menyatakan,"Dalam jasad itu ada segumpal daging.Apabila daging itu baik... maka baiklah seluruh jasad....Apabila daging itu buruk...maka buruklah seluruh jasad...Daging itu adalah HATI" hadith ini direkod dari Bukhari dan Muslim..
  • Kita tidak sedar perkara ini...kadangkala, kita menyangka dosa itu satu perkara yang bereza-beza dan berlainan mengikut kesalahan yang kita lakukan...ia masuk ke dalam satu akaun bank yang lain.Ia terpisah.
  • DOSA ini masuk ke dalam bank yang sama..ibarat virus... menjalar dan memusnahkan...memadamkan pahala2 dan menggelapkan jiwa...
  • Sekiranya kita tidak menghalang,dicuci dan dibersihkan,bukan sahaja ia merosakkan hati,malah juga sikap,akhlak dan peribadi kita
Ini kerana amalan adalah penterjemahan kepada hati kita.
  • Kita menjadi malas beribadah...kita mula berasa jauh daripada Allah SWT..seolah-olah Allah tidak melihat kerja kita..kita mula berasa cepat penat melakukan kebaikan...
  • Kita berasa cepat marah,mudah berputus asa dan kecewa.Ini kerana, dosa sudah menutup kita dari mengingati Allah SWT. Nauzubillahi minzalik...

SEMOGA BERMANFAAT 

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA
Copyright to IbuHadifBiz.Com
Designed by UMIESUEstudio 2015