TANDA-TANDA BADAN PERLUKAN AIR


TANDA-TANDA BADAN TERHIDRAT
Air yang diminum keluar dari badan menerusi pelbagai mekanisme tubuh. Dianggarkan sebanyak 1.5 liter dikeluarkan sebagai kencing, manakala satu liter lagi terbebas menerusi proses perpeluhan, pernafasan dan proses penghadaman oleh usus. 

Badan yang tidak mendapat bekalan air yang mencukupi akan menunjukkan petanda seperti kepenatan, kekeringan di dalam mulut, rasa sakit ketika kencing, gejala sembelit, sakit kepala, pertambahan berat badan, sakit otot, ketidakstabilan emosi dan keletihan. Jika anda adalah ibu yang sedang hamil atau sedang menyusukan bayi, pengambilan air yang lebih iaitu tiga hingga lima gelas lebih dari biasa adalah disarankan.

CARA PENGAMBILAN AIR YANG BETUL

Meminum air pada kuantiti yang diperlukan oleh tubuh secara sekali gus adalah cara yang salah. Misalnya badan anda memerlukan 2 liter sehari, maka anda meminum dan menghabiskan jumlah air tersebut dalam masa dua jam sahaja. Perbuatan tersebut adalah sama sekali salah kerana badan tidak mendapat bekalan air yang berterusan untuk menampung pelbagai proses di dalam tubuh sepanjang hari. Jadikan rutin meminum air setiap setengah jam sebagai amalan. Selain itu, minum segelas air antara waktu makan dan segelas air semasa makan pula secara berterusan pula selain dapat memenuhi keperluan tubuh, hal tersebut juga dapat mengurangkan rasa lapar.

Pastikan anda mengambil air pada kuantiti yang kecil seperti segelas setiap kali minum dan usah tunggu sehingga anda rasa haus untuk minum. Bagi anda yang mengalami masalah kesihatan seperti cirit birit atau muntah, anda perlu mengambil air dalam jumlah yang lebih banyak. Penyakit seperti batu karang atau jangkitan pada pundi kencing memerlukan anda meminum lebih banyak air untuk memulihkan kualiti kesihatan. Manakala bagi pesakit kegagalan hati dan buah pinggang pula, mereka  perlulah merujuk pakar untuk mengetahui jumlah air yang boleh diambil kerana amnya pesakit penyakit hati dan buah pinggang tidak boleh meminum air dalam jumlah yang banyak. 

Jika anda sedang bersenam, anda disarankan meminum air sebelum, semasa dan selepas anda bersenam untuk memastikan anda sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi dan menggantikan air yang dikeluarkan menerusi perpeluhan. Cuaca panas terik dan suhu persekitaran yang tinggi juga boleh menyebabkan badan berpeluh lebih daripada biasa. Pastikan anda mengambil lebih banyak air bagi menggantikan jumlah cecair yang dikeluarkan menerusi perpeluhan.

Seandainya anda berada pada altitud 8,200 kaki atau 2,500 meter dari aras laut, anda akan mengalami kencing yang lebih kerap daripada biasa serta kadar pernafasan yang lebih laju. Oleh itu minum lebih banyak air untuk menggantikan jumlah air yang hilang supaya tubuh anda boleh berfungsi dengan baik walau pun berada di aras yang tinggi

Bagi mengetahui sama ada tubuh anda sudah meminum air yang mencukupi atau tidak, anda boleh melihat warna air kencing. Jika ia tidak berwarna bermakna badan anda sudah menerima air yang cukup. Sekiranya  air kencing yang dikeluarkan masih mempunyai warna kekuningan, maka jumlah air masih belum mencukupi dan perlu ditambah.

KELEBIHAN MEMINUM AIR MENCUKUPI
Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh bukan sahaja melicinkan proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan kelebihan-kelebihan iaitu:
  • Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.
  • Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan
  • Awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi  boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
  • Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
  • Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.
  • Minda yang ceria dan emosi stabil.
TIP MINUM AIR DI PEJABAT
Meminum air yang banyak sememangnya tabiat yang sihat yang perlu diamalkan. Bagaimanapun, terdapat banyak kekangan dihadapi kesibukan dan halangan. Berikut adalah beberapa tip yang boleh digunakan:
  1. Boleh sediakan jumlah air yang diperlukan di  dalam sebuah bekas dan bawa ke pejabat. Pastikan anda menghabiskan air tersebut di dalam jangka waktu bekerja.
  2. Sediakan bekas air yang menarik dan mudah dibawa kerana  Hal ini memotivasikan dan menyenangkan  anda meminum air dalam sukatan yang dijadualkan.
  3. Pastikan anda sentiasa membawa air ke mana sahaja anda pergi seperti di bilik mesyuarat atau keluar ketika ada kerja lapangan di luar pejabat.
  4. Anda boleh menjadualkan waktu minum setiap sejam sekali untuk memastikan badan terhidrat dan menerima air mencukupi setiap masa.
INFO:
Awas, jangan meminum air terlalu banyak kerana khuatir akan menyebabkan jumlah elektrolit dalam tubuh akan hilang. Untuk menggantikan elektrolit yang hilang, anda disarankan untuk meminum minuman isotonik atau menambah secubit garam di dalam air kosong sebelum diminum.

Performance Drink - Minuman Isotonik yang selamat dan berkesan



Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan 
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk 
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan 
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Pertanyaan & Pesanan
Norhada Azhar | 017.590.2438 | Pengedar Sah Shaklee | 988 270

Air Kosong Untuk Tubuh

Editorial PaMa
December 24, 2012


Air adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam tubuh. Badan kita terdiri daripada 60 peratus cecair manakala organ terpenting dalam tubuh iaitu otak pula mengandungi 75 peratus air. Lihat betapa pentingnya air pada tubuh kita dan perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda juga menjadi cergas dan bertenaga.
Pengambilan air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh. Air amat penting dan mempunyai pelbagai berfungsi penting dalam menjana tubuh badan yang sihat dan cergas. Antara fungsinya ialah: 
  1. Untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.
  2. Air berperanan untuk memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.
  3. Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.
  4. Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.
  5. Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
  6. Selain itu, air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.
Bagaimana untuk mengetahui berapa jumlah air yang perlu diminum? Ada pendapat yang mengatakan lapan  gelas sehari adalah mencukupi tetapi adakah ia benar? Cuba dapatkan jumlah yang perlu anda minum dengan menggunakan formula pengiraan berikut:

Sebanyak satu liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.
Contohnya, katakan berat badan anda ialah 75 kg, maka pengiraannya ialah:
25 kg= 1 liter
75kg ÷25kg =3 liter
Maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah tiga liter.


KISAH DI SEBALIK RAMADHAN DAN SHAKLEE

RESEPI SAHUR YANG LAZAT
:: Bismillah ::

Alhamdulillah... lagi 3 hari Ramadhan akan tiba... Ada yang dapat bonus tak Ramadhan nie... 
Kalau ada Alhamdulillah...rezeki bulan puasa.. (^_^)... Jangan terlalu membazir kalau p bazar Ramadhan nanti heehee (peringatan untuk diri sendiri)

Hah ! lupa plak... sebenarnya harinie hada nak bagi resepi untuk bersahur nanti... hada pasti tak semua orang bersahur makan nasi bukan ? Anda makan apa ya ?boleh kongsikan dengan hada di ruangan komen tak ? 

Ini hada ada sediakan resepi untuk mereka yang susah nak telan nasi waktu bersahur... Macam hada memang boleh ja makan nasi... laparr kot heehee... Tapi resepi nie semua orang boleh cuba.Memang sedappp ooo... Terasa kenyang dan bertenaga waktu siang.. 

Nyum ! Nyum !

Kalau hada post pic nie bulan puasa .... confirm terliuq punya heehee
Sapa nak rasa boleh try resepi hebat ESP + Kurma ( blendkan ) + badam hancur nie
SELAMAT MENCUBA (^_^)




MIGHTY 3 GEM SHAKLEE



Mighty 3 Gem ? apa pulak tu hada oii... 

heehee... kalau sebut ja bulan puasa... confirm lapar kan ? dahaga kan ? kan kan ? 
So kita mesti nak cari makana yang boleh buat kita tahan lapar dan dahaga sampai ke petang bukan serta memastikan tubuh kita tak terhidrat iaitu kehilangan air dalam badan... 

Bila badan kita kering tanpa air (dehidrat) , tu lah punca kita rasa sangat dahaga waktu siang.
pssst ! sekarang musim panas kan ? tak puasa lagi pown dah dahaga sangat dah rasanya.

Penghidratan akan menyebabkan kita mudah letih dan sakit kepala. Kalau ada simptom2 macam tu, itu tanda penghidratan telah berlaku.

Apa yang best sangat dengan set Mighty 3 Gems ini?
  • Boleh di ambil semasa waktu sahur - campurkan 1 sudu ESP + 1 sudu PD + 1 sudu Meal shakes dengan air / jus pilihan anda
  • ESP dan Meal Shakes memberi rasa kenyang berpanjangan dan mempunyai GI rendah. 
  • ESP dan Meal Shakes adalah sumber protein yang lengkap dengan asid amino, vitamin serta mineral tambahan menjadikan ia minuman paling berkhasiat semasa puasa
  • ESP dan Meal Shakes tinggi kandungan serat yang membantu mencegah sembelit semasa berpuasa
  • Performance meningkatkan aras glukos menjadikan kita sentiasa bertenaga
  • Performance mencegah dehidrasi dan kekeringan semasa puasa
  • ESP dan Meal Shakes mencantikkan kulit dengan cara menyihatkan sel
  • ESP dan Meal Shakes membantu menurunkan berat badan semasa puasa tanpa kekurangan nutrisi penting
  • Sesuai untuk semua termasuk kanak2 yang baru belajar puasa
  • Hidangan lengkap yang pantas semasa sahur buat anda yang sering terlewat bangun
  • Boleh dijadikan smoothies sama ada semasa berbuka atau sahur bersama buah2an kegemaran anda
  • ESP dan Meal Shakes membantu meningkatkan sistem imun 
  • Menyerlahkan keserian wajah semasa hari raya yang bakal tiba

Untuk Pertanyaan & Pesanan
Norhada Azhar | 017.590.4238 | 988 270
Lokasi : Jitra / Alor Star 

7 Panduan Pemakanan Ketika berpuasa bagi ibu menyusu

Alhamdulillah tahun nie tahun pertama hada berpuasa sambil menyusukan adik mimi... Baru ada kesedaran tentang nikmatnya menyusu baby nie... heehee

Masa yang sulong hada lansung xmenyusu... cuma menyusu waktu dalam pantang ja... Tak tau la malas atau tak dak kesedaran betapa bestnya menyusu baby sendiri berbanding bagi baby susu formula...

Apa yang hada nampak perbezaan nya, anak sulong memang tak rapat dengan hada..dia akan rapat dengan mak tok dia sebabnya hari2 bila hada kat ofis...maktok dia yg jaga makan minum dia.. kalau balik keja pown nak susu maktok yang bagi... Ralat sangat time tu..

So.. bila mengandung anak ke2 nie... hada mg dah set kali nie aku nak menyusu sepenuhnya insyaAlah... Alhamdulillah harini genap 75 hari umur adik mimi... dan masih fully bf..

Apa beza yang hada nampak.. si adik lagi nak dengan hada walaupun 1 hari time hada p keja dia dengan mak tok dia... Sebabnya hada tinggal stok susu badan dekat mak...

Tapi yang merunsingkan ramai ibu2 menyusu , bila tiba time nak berpuasa... risau susu badan drop sebab siangnya tak boleh minum... InsyaAllah kita sama2 berdoa semoga dimurahkan rezeki susu untuk baby kita.

Disini hada ada beberapa Panduan Pemakanan untuk kita amalkan terutamanya time puasa nanti...

7 Panduan Pemakanan Ketika Berpuasa Bagi Ibu Menyusu

 Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. 

Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. 

Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak 
mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

CADANGAN SUPPLEMENT TAMBAHAN



Set Penyusuan yang Marvelllous!

Ia telah membantu ramai ibu menyusu membekalkan nutrisi kpd tubuh mereka.
Hasilnya mereka bertenaga, gembira dan mampu menyusukan bayi comel dengan baik.

Susu banyak adalah bonus apabila mereka mengaplikasikan prinsip penyusuan yg betul;-
- Kerap menyusu direct atau pam ketika bayi tiada bersama.
- Minum air 2-3liter.
- Positif dan yakin mereka mampu menyusukan anak selama yang mungkin
- Bekalkan tubuh dgn nutrisi lengkap melalui pengambilan vitamin menyusu 

KHASIAT ESP SHAKLEE

  • Membantu menambahkan kuantiti susu ibu yang dihasilkan
  • Perut terasa kenyang,badan bertenaga dan tak mudah letih
  • Membantu meningkatkan kualiti susu ibu yang dihasilkan. Contohnya susu lebih pekat dan bayi kurang meragam 
  • Membekalkan nutrisi yang sihat kepada tubuh bagi penghasilan susu ibu yang baik
KHASIAT ALFALFA SHAKLEE

  • Menjadikan susu ibu lebih pekat membuatkan anak kesayangan kita lebih kenyang dan mendapat khasiat yang berkualiti. 
  • Alfalfa complex juga membantu mengatasi masalah eczema bayi.


TESTIMONI 




 
Norhada Azhar | 017.590.4238 | Shakleemate Anda


MAGIC TOUCH & TRAIN

Sebahagian daripada ASC Team dari Utara (Perlis,Kedah,Penang) .

Gift dan Cenderahati untuk peserta dan presenter

My Lovely Shaklee mommy Pn.Fazlina.. yang sangat petah bila berbicara..

Me... bincang tentang 3C (Car,Cash,Conventional)

Sideline Nor Ilani... tengan terangkan tentang car bonus

Master Nini Nisrin - SHINE THEIR WAY

Master Farihah - RANCANG PENCEN DENGAN SHAKLEE

Sesi Memotong Kek


CONSUME VITAMIN & SUPPLEMENT TAK MEMBERI KESAN LANSUNG !!

Assalamualaikum...
::: Bismillah :::

Berkenaan pengambilan supplement , ada yang memberi respon negatif selepas mengambil vitamin / mana-mana supplement . Katanya kesan yang mereka dapat lebih teruk daripada apa yang mereka impikan. Dan ada juga yang kata lansung tak dak kesan pown lepas consume supplement. Sangat buang masa.Dahla kena beli mahal-mahal , kemudian kesan pulak lambat dan sangat teruk.

Ingin ditegaskan di sini, supplement bukanlah UBAT ya ? Dia bukan berfungsi untuk merawat tapi adalah salah satu ubat pencegahan. Pengambilan supplement ada yang kesannya lambat dan ada yang cepat.

Peningkatan kadar metabilosme badan tak sama pada setiap individu. Jadi bersabar lah ya (^_^)...
Sabar tue kan sifat yang sangat terpuji..

Harinie saya nak kongsikan sedikit panduan pengambilan vitamin secara optimum. Harap dapat membantu anda (^_^)....


PANDUAN MENGOPTIMUMKAN VITAMIN & SUPPLEMENT






BAHANA KOLESTROL LDL


Jangan ambil ringan tentang bahaya adanya LDL kolesterol dalam darah kita. 
Kalau tengok gambar dekat atas ni, mendapan warna kuning tu lah LDL kolesterol. 

[ BAHAYA !! KOLESTROL LEBIH DALAM BADAN ]

Kolestrol  adalah salah satu komponen lemak yang terdapat pada pembuluh darah semua binatang dan juga manusia.


Kolesterol sebenarnya berguna sebagai sumber tenaga, membentuk dinding sel-sel dalam tubuh, dan sebagai bahan dasar pembentukan hormon -hormon steroid.


Kolesterol  dalam darah manusia terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-
  -    kolesterol LDL (kolesterol jahat)  
  -    HDL ( kolesterol baik).

Apabila LDL terlalu tinggi dan tidak seimbang dengan kolesterol baik HDL, ia dapat menyebabkan penempelan di dinding pembuluh darah. Kalau kita biarkan, lama-lama apa jadi?? Salur darah akan TERSUMBAT !Bila salur darah TERSUMBAT ?  

Apa akan jadi ? 




Jawapan :-Saluran darah yang tersumbat menyebabkan oksigen tidak dapat disalurkan ke seluruh tubuh kita.Ia adalah antara PUNCA UTAMA penyumbang kepada KEROSAKAN ORGAN & PENYAKIT KRONIK !

  • -          DARAH TINGGI 
  • -          SERANGAN JANTUNG 
  • -          STROKE 
  • -          MASALAH BUAH PINGGANG 
  • -          MIGRAIN

PENYELESAIAN NYA :-


Tindakan mesti di ambil supaya saluran yang tersumbat dapat dibersihkan.
Jika kita lambat bertindak organ-organ kita akan kurang mendapat bekalan oksigen dan zat-zat makanan.

Salur darah akan kelihatan bersih dan tiada lagi kelosterol. Darah dapat mengalir dengan mudah .

Darah akan membawa oksigen dan zat-zat makanan ke organ seperti jantung, buah pinggang atau hati. Oleh itu organ-organ kita akan sentiasa sihat

Cara paling cepat saya sarankan ambik jer Supplement Shaklee yang semestinya lagi mudah... just order & telan jer.... hihi (^_^)


CARA PENYUSUAN (Bagi Ibu Bekerja)


Assalamualaikum...

Alhamdulillah hada baru saja lepas melahirkan baby ke-2, 2 bulan yang lepas.
Sekarang dah start bertugas. Nak cerita masa anak sulong dulu hada tak tau sangat pasal kelebihan fully breastfeeding nie. Dan hada tak tau betapa nikmatnya menyusu baby nie...

Patutla anak sulong tak rapat dengan hada,dia rapat dengan mak tok dia lagi seba dia lebih banyak waktu dengan maktok dia.. Pastu mak cakap kalau nak bagi anak rapat dengan kita, sepatutnya kita kena menyusukan dia.Baru terasa chemistry anak tu dengan kita.

Hada dengan anak yang sulong tu bukanlah tak rapat lansung cuma dia lebih manja dengan maktok dia ja.Apa-apa dia akan minta dengan maktok dia.

So, bila disahkan hada mengandung lagi baru2 nie hada cuba set dalam minda, anak ke-1 nie hada nak menyusu sepenuhnya. Tapi macam mana cara nya ? Boleh kah ? sebabnya hada nie bekerja.?
Jadi hada start lah mengoogle bagaimana cara penyusuan bagi ibu2 yang bekerja nie...

Meh hada kongsikan sikit yang hada baca dari entri sahabat2 kita... semoga dengan perkongsian dia, rezeki nya akan bertambah.Aminn...

Kalau dulu hada lebih cenderung untuk bagi anak susu formula. Tapi sekarang kesedaran tentang kepentingan susu ibu mula meningkat dengan begitu mendadak.

MANFAAT MENYUSU ANAK SECARA EKSKLUSIF

Kelebihan Kepada Anak >> anak sihat,antibodi tinggi,cerdas,cerdik,tidak gemuk dan cukup zat untuk membesar.

Kelebihan Kepada Ibu >> maintain berat badan,sihat tubuh badan & perancang keluarga terbaik

BAGAIMANA IBU BEKERJA MAMPU MENYUSU ANAK SECARA EKSKLUSIF ? 

Ibu-ibu boleh menggunakan pam. Samada pam manual atau pam elektrik.Ikut bajet masing-masing.

hada guna pam manual ja heehee.

PERALATAN YANG WAJIB ADA UNTUK SESI MENGEPAM


  • Storage Bottle - Untuk menyimpan susu perahan
  • Ice Pack - Untuk menyejukkan susu yang di dalam storage bottle sepanjang waktu bekerja ( jika di pejabat ada peti ais boleh masukkan sementara di situ. Jadi ice pack nie boleh guna masa perjalan balik kerumah supaya susu sentiasa dala keadaan     sejuk )
  • Cooler Bag - Tempat simpanan sementara susu perahan bersama ice pack tersebut.
Pastu kita kena ada pulak jadual pengepaman. Hada selalunya akan perah time pagi sebelum masuk keja. Kemudian 1 jam sebelum lunch hour. 1 jam selepas waktu lunch kemudian time sampai rumah lepas waktu bekerja... 

Alhamdulillah setiap kali pengepaman hada akan dapat 5oz... (^_^)

p/s : Kalau anda rasa susu anda tak banyak anda boleh dapatkan suplement tambahan untuk meningkatkan tenaga dan kesihatan yang elok untuk penghasilan susu ibu yang lebih banyak. 

Boleh contact hada / fb Norhada Azhar 

CARA PENGURUSAN EBM

Perlu diingatkan, pengurusan EBM adalah perkara terpenting terutamanya : 

  • cara penyimpanan EBM
  • cara cairkan EBM
  • cara panaskan EBM
  • dan apa saja yang berkaitan EBM
Jangan ambil mudah perkara nie.Kecuaian ibu akan mempengaruhi kualiti EBM.
Kita nakkan yang terbaik untuk anak kan ? 

Berikut adalah susunan susu ibu mengikut gred :

  • GRED 1 >> hisapan terus daripada payudara ibu
  • GRED 2 >> fresh EBM (susu yang diperah dan diletakkan dalam chiller
  • GRED 3 >> frozen EBM (susu yang telan dicairkan setelah disimpan dalam freezer)
Walaupun GRED 3 , tapi tiada susu lain yang mampu menandingi kehebatan khasiat susu ibu nie. Susu ibu adalah yang terbaik.


SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA
Copyright to IbuHadifBiz.Com
Designed by UMIESUEstudio 2015