Apa Itu POWER PUMPING

Alhamdulillah dapat lagi ilmu baru harinie... terima kasih kawan-kawan dari group Titian Emas Ibu2 Utara.. saya baru join group nie semata-mata nak lebih faham pasal ilmu breastfeeding nie. Memandangkan saya dah berazam anak ke2 nie nak fully bf sampai 2 tahun.InsyaAllah semoga diizinkan Allah.

POWER PUMPING memang 1st time dengar nie.. tertanya-tanya juga awal tu apa benda.. dan sekarang dah dapat jawapan nya. 

POWER PUMPING adalah salah satu teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.Ianya cara mengepam yang biasa tapi dengan teknik tertentu.Ideanya ialah untuk meniru cara bayi menyusu.

BAGAIMANAKAH CARA POWER PUMPING ?
  • SINGLE PUMP : Pam payudara sebelah kanan selama 10 minit, kemudian pam payudara sebelah kiri selama 10 minit.Ulangi mengepam payudara sebelah kanan selama 10 minit, dan ulangi secara berselang-seli antara payudara sebelah kanan dan kiri berterusan selama 1jam.
  • DOUBLE PUMP : Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, kemudian rehat selama 10 minit dan pam semula 10 minit rehat 10 minit berterusan selama 1 jam.

WAKTU YANG SESUAI BUAT POWER PUMPING
Boleh dibuat pada bila-bila masa tetapi waktu terbaik adalah dari tengah malam sehingga subuh kerana hormon yang meransang susu, paling banyak dihasilkan pada waktu ini dan ibu juga kurang stress pada waktu ini.Jadi hormon oksitosin senang disingkirkan.


SIAPA YANG PERLUKAN POWER PUMPING 
  • Ibu yang kekurangan susu : punca kekurangan susu seperti "menstrual cycle", hormon tak stabil,emosi terganggu, dll.
  • Ibu yang menyusukan anak angkat :  teknik ini digunakan untuk meransang penghasilan susu.
  • Ibu yang relaktisi/ ingin menyusu semula anak setelah lama berhenti menyusu.

CARA MENYIMPAN HASIL PERAHAN
Pastikan hasil perahan disimpan dalam suhu yang sama.

Susu perahan dari 3x perahan tersebut mestilah disejukkan dahulu dalam peti sejuk dibahagian bawah.

Setelah suhu sama barulah combinekan dalam 1 botol dan simpan dalam deep frezer.

BERAPA LAMA BARU NAMPAK HASIL 
Setiap orang adalah tidak sama.Ada yang beberapa kali buat dah nampak perubahan ketara tetapi ada juga yang agak lambat. Tapi dalam masa seminggu akan nampak perubahan ketara. Jadi ibu-ibu hendaklah sentiasa bersabar dan "keep on pumping" jangan mudah give ups.Lakukan demi baby ouls.Fikir perkara yang positif itu penting tapi jangan ingat buat sekali terus susu mencurah banyak. Mungkin di awal pengepaman ada yang keluar angin saja,, teruskan usaha + doa dan tawakal.

DAH BUAT POWER PUMPING TAPI SUSU MASIH SEDIKIT 
Tidak dinafikan masih ada ibu2 yang sudah berusaha tapi penghasilan susu masih sedikit. Kenapa ? Recheck balik diri uols : 

  • Ada ambil pemakanan seimbang ?
  • Ada minum air 3Liter dalam masa 1 hari tak ?
  • Selalu rasa kurang tenaga, badan tak sihat dan selalu penat
  • Emosi tak stabil sentiasa fikir perkara negatif
ok, untuk ibu2 yang mengalami masalah seperti ini saya cadangkan anda perlu mengambil supplement bagi membantu menampung keperluan zat2 yang diperlukan oleh badan anda. Zat yang cukup untuk tubuh sangat penting bagi penghasilan susu yang banyak.

Seperti kehidupan seharian kita sekarang.. Kalau kita tak makan atau minum, agak2 kita boleh hidup lama tak ? boleh hidup tapi dalam keadaan tak bermaya, letih, lemah. Jadi kita perlukan tenaga. Dari mana nak dapatkan tenaga ? Mesti dari makanan kan ? 

CADANGAN SUPPLEMENT

ESP -Energizing Soy Protein

Ekstrak soya non-GMO - diproses dengan air ( bukan dari bahan kimia) bagi mengekalkan kualitinya. 
Membantu membentukkan sel-sel badan yang sihat agar dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik.Jika sel tubuh kita tak sihat, vitamin yang kita makan mengambil masa yang lambat untuk menyerap kedalam tubuh. So lambat  lah nampak kesan.


Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan supplement penting untuk boost penghasilan susu ibu kerana mempunyai 1001 khasiat.Turut membantu dalam memekatkan susu serta menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza.Bergantung kepada keperluan si ibu. Dapatkan konsultasi dari pengedar anda.


Untuk sebarang pertanyaan & pesanan
Hubungi :
-----------------------------------
Norhada Azhar | 017.590.4238 | Pengedar Sah SHAKLEE

# SIHAT Jasmani SIHAT Rohani #


Shaklee & Israel

Mungkin saya antara yang lambat update pasal isu nie... Isu yang tengah HOT ala PIZZA HUT sekarang nie..Isu nie dipanggil isu bermusim.. macam musim buah juga.. kalau musim durian ja macam2 resepi diadun dengan durian... macam tu jugak lah isu Shaklee yang kononya digembar gemburkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan Shaklee ada menyumbang dana pada Israel.

Agak kecoh disebabkan pasal laman web kenesethisrael.com (isu nie dari tahun 2012 pown dh d bangkit juga) jadi semua SID dah alert pasal laman web tu. Untuk makluman semua,itu bukanlah laman web rasmi Shaklee pown , tapi pemiliknya merupakan salah seorang Shaklee Independent Distributor juga. Dalam laman web tu menyatakan yang ianya adalah inisiatif orang perseorangan (independent distributor).

Ok, saya terangkan dengan lebih terperinci ya dalam kes beliau, adalah Shaklee tak da hak nak tentukan bagaimana dan ke mana ahli-ahlinya spend duit bonus mereka. Sebagai contoh : " bonus yang saya dapat dari Shaklee, saya sumbang kan kepada badan2 Islam lain,itu hak saya. Shaklee tak da hak pown kat situ. Jadi perlu kan orang lain salahkan Shaklee dan mengatakan itu sumbangan dari Shaklee.? tak kan ? Jadi sama macam kes laman web milik perseorangan tadi tu. 

Shaklee Malaysia telah pown mengesahkan yang Shaklee tidak ada kaitan menyumbang dana kepada Israel.Dan di sini saya sertakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Shaklee Management.


Dah hampir 20 tahun lebih produk Shaklee banyak membantu rakyat Malaysia dalam memperbaiki mutu kesihatan yang lebih baik dari sebelum nie. Jadi sebab itu saya masih lagi rasa bertanggungjawab untuk terus berkongsi kebaikan produk ini dengan anda semua. Jika anda masih lagi ragu-ragu, saya tak ada hak untuk halang keputusan anda.. Apa yang penting bagi saya adalah terus membantu dan membbantu agar anda mendapat mutu kesihatan yang lebih baik.InsyaAllah.. dengan izinNya. 


keep smile (>_<)

Norhada Azhar | 017.590.4238 | Pengedar Sah Shaklee



Tak MATI Pown Kalau Tak Makan Supplement

MATI tu Kuasa Allah, urusan Dia. Kita yang hidup perlulah buat segala suruhan dan hindar segala laranganNya. 

Apa kaitan dengan tajuk atas tu ? OK.Berkenaan isu anti supplement nie.. saya dulu bukanlah anti supplement sebenarnya, tapi tak tahu pown fungsi supplement nie. Tak rasa pown supplement nie penting. 
Tapi saya selalu dengar pasal produk Shaklee..makin hari Shaklee nie makin terkenal..Bukak newfeeds ja ada Shaklee... 

Sejak saya join group Jutawan Shaklee bersama sahabat FB saya, kak Fazlina saya mula kenal dengan lebih mendalam pasal Shaklee. Dan harinie saya nak kongsikan dengan anda sedikit maklumat tentang supplement. Sejauh mana diri kita perlukan vitamin agaknya ya ? 

JAWAPAN :

hasil penulisan Azizi yang glamer kaya dan berjaya.Beliau juga pengamal vitamin.

OK. Macam mana ? anda dah baca maklumat dalam gambar di atas ? Rasa-rasa anda perlu vitamin atau tak ? Anda buatla pilihan yang tepat ya. Nak sihat lama atau nak sakit cepat sebelum menjangkau usia warga emas heehee... 
Dan saya rasa info di atas cukup2 terkesan untuk diri saya..anda saya tak tau lah heehee.. 

SHARING is CARING

keep smile (>_<)
Norhada Azhar | 017.590.4238 | Pengedar Sah Shaklee




| Apa Itu LEUCINE ?? |


Leucine ini adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ni ialah, dia akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita senaman membasuh kereta ataupun lain-lain aktiviti. 

Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot, dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan, dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak  yang ada. 

Jadi,

Cinch Shake ini mengandungi Leucine untuk bantu anda kurus cara sihat.
Untuk kesan yang lebih baik , ambil bersama Lecithin untuk pecahkan lemak serta mengurangkan kolestrol.

Alfalfa untuk membuang lemak dan toksin melalui pembuangan.
Cinch Shakle mix ini membantu mengekalkan otot agar yang hilang tu lemak sahaja.
Lakukan work out juga disamping tu. Insya Allah











Kiosk Shaklee On9 Norhada Azhar 
keep smile always (>_<)

-----------------------------------
Norhada Azhar | 017.590.4238 | Pengedar Sah SHAKLEE

# SIHAT Jasmani SIHAT Rohani #

| SANGAT LARIS LEPAS RAYA |


Minggu nie majoriti tanya pasal herb lax. Kenapa ya ? 

Oh lupa ! banyak sangat attend open house, perut mesti tak selesa kan?

Tak pa jangan risau, pilihan bijak, cari herb lax nie… dia melancarkan masalah pembuangan serta dapat membersihkan usus yang tersekat dengan lemak2 degil yang kita makan. 

SIAPA YANG PERLUKAN HERB LAX ?

  • Pengamal tegar ubat tahan sakin (pain killer)
  • Mereka yang mempunyai masalah pembuangan yang kurang lancar
  • Mereka yang banyak jerawat
  • Gout
  • Anda yang ingin bersihkan usus
MANFAAT HERB LAX ?
  • Memudahkan fungsi usus
  • Melancarkan pembuangan air besar
  • Menghilangkan jeragat
  • Menghilang masalah bau badan
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut

KANDUNGAN HERBA DALAM HERB LAX 




| Oh ! Kantan |

:: bismillah ::

Buka facebook minggu nie.. tengok newfeeds banyak post pasal bungan kantan. ada kat sini yang tak tau bunga kantan nie apa. Kalau orang kedah, bunga kantan femes buat laksa. pergh sodap terangkat aih....

Cerita pasal kantan mahal... dulu kalau di Kedah, beli dekat pasar 2 kuntum RM0.50 - RM 1.Sekarang katanya, 2 kuntum mencecah hampir RM10. Wow ! ada GST kah ? heehee..


Bunga kantan atau nama saintifiknya etlingera elatior sangat terkenal dalam masakan. Bunga kantan yang masih belum kembang banyak digunakan dalam masakan tempatan seperti dijadikan perencah untuk membuat kuah laksa dan juga digunakan dalam masakan asam pedas sebagai pembangkit aroma.

Warnanya yang merah muda mengandungi antioksida atau karotinoid yang baik untuk kesihatan.
Antioksida yang terkandung dapat mengurangkan risiko penyakit kanser  juga dapat mengekalkan awet muda. 



Asas Dalam Berniaga

Syukur pada Allah. Betullah asas dalam berniaga ialah yakin Allah yang beri rezeki. Syukur dengan apa pun yang Allah takdirkan. Yakin pada Allah yang buat segalanya. Kita tiada apa-apa.

Kita niat kerana Allah. Allah mudahkan semuanya. Rezeki bertambah dengan zakat dan sedekah. Belajar jaga solat berjemaah. Baca yassin setiap pagi. Beri masa keluar jalan Allah. Baca surah waqiah setiap malam. Jangan tinggalkan solat dhuha. Buat dakwah, sayang dan maafkan semua orang, Suka belanja orang susah dan juga ahli keluarga. Anggap bukan kerana duit kita dapat bantu orang tapi zahirnya kita beri mereka duit, tapi kerana itu mudah-mudahan Allah sayang kita dan maafkan kita juga tambah rezeki kita dunia dan akhirat. Bila Dia sayang, Dia beri yang terbaik buat kita. Layan keluarga dengan baik...Kita hanya nak redha Allah..itulah tujuan hidup kita selamanya.

#copypaste fb Ustaz EbitLew

CADANGAN SUPPLEMENT UNTUK DIABETES



DIABETES adalah satu keadaan dimana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal.Ia adalah salah satu faktor utama untuk menjadi sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak dapat menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita.Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.Ia akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

2 Jenis Utama Diabetes


  • Insulin Dependent Diabetes Mellitus ( bergantung pada insulin) 
- Biasa berlaku terhadap kanak-kanak dan remaja
- Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

  • Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus ( tidak bergantung pada insulin)
- Jenis  paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% pengidap diabetes adalah pengidap jenis ini
- Selalu berlaku pada orang yang berumur dan ada masalah berat badan berlebihan

Tanda-tanda Pengidap Diabetes

Semua pengidap diabetes mempunyai tanda-tanda yang berlainan.Walaubagaimanapun gejala yang sering dialami ialah :


  • haus ( dahaga yang berlebihan)
  • letih
  • berat badan menurun
  • penglihatan kabur
  • otot lemah
  • gatal
Lain-lain gejala termasuk :
  • penyakit kulit yang berpanjangan
  • luka lambat sembuh
  • kencing kerap
  • gatal pada bahagian kemaluan
  • kebas
Tapi ingat nya... ada juga pengidap diabetes tanpa mengalami apa-apa gejala.. ini pengalaman bapa saya.. nak p cabut gigi tiba2 dikesan ada diabetes... jangan tunggu ada gejala baru nak cek ya.. bertindak sebelum terkena.. (^_^)

Individu Yang Berisiko Tinggi
  • Berumur 35tahun ke atas atau lebih tua.Semakin tua risiko diabetes semakin tinggi.
  • Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. 
  • Impaired Glucose Tolerance
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar ( berat kelahitan 4kg atau lebih)
  • Tekanan darah tinggi
  • Gaya hidup tak aktif
  • Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap kolestrol tinggi

SUPPLEMENT YANG DICADANGKAN


ESP : Membantu mengekalkan paras gula normal dalam darah dan penyembuhan luka

GLA Complex : Mengimbangi hormon insulin dan menurunkan paras kolestrol

Alfalfa Complex : Membantu menstabilkan gula dalam darah ( tidak sesuai bagi individu yang sedang mengambil ubat cairan darah keranan alfalfa memekatkan darah) *dapatkan nasihat doktor dahulu

Zinc Complex : Membantu tubuh menghasilkan insulin dan penyembuhan luka yang cepat.


Selain produk di atas, jika anda mempunyai bajet tambahan anda bolehlah mencuba VIVIX.


Revesratrol didalam vivix membantu menigkatkan sesitiviti tubuh terhadap hormon insulin.Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes dan jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita dapat mengurangkan diabetes.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin,tubuh akan keluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah.Jadi revesratrol mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin.





Anda boleh hubungi saya untuk konsultasi lanjut berkenaan masalah anda :


-------------------
Norhada Azhar | 017.590.4238 | Pengedar Sah Shaklee
------> wakil jualan JITRA

# SIHAT Jasmani SIHAT Rohani #

DAH UJI BACAAN GULA DALAM DARAH ?


| Kencing Manis |

" Penyakit kencing manis dikenali sebagai diabetes mellitus.Ia adalah penyakit yang disebabkan oleh masalah pengeluaran insulin oleh organ pankreas samada ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin dalam badan. "

Ujian pemeriksaan glucose dalam darah adalah penting bagi pesakit diabetes. Glucose yang terhasil dari penghadaman makanan berkarbohidrat,menjadi sumber utama tenaga dalam badan. Insulin yang dikeluarkan dari organ pankreas membantu tubuh menggunakan glucose ini bagi menghasilkan tenaga.

Biasanya kandungan glucose dalam badan akan meningkat sedikit selepas makan, lalu menyebabkan pankreas mengeluarkan insulin bagi mengawal kandungan gula.Tahap kandungan gula yang tinggi akan merosakkan mata,ginjal,saraf dan saluran darah.

JENIS PEMERIKSAAN GLUCOSE YANG DIJALANKAN


  • Fasting Blood Sugar (FBS) : Pemeriksaan glucose ketika berpuasa. Ia adalah pemeriksaan yang dijalankan apabila seseorang itu tidak mengambil apa-apa makanan sekurang-kurangnya 8 jam.
  • 2 Hour Postprandial Blood Sugar (2HPP)Pemeriksaan glucose 2 jam selepas mula makan. Ia akan menguji keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin bagi mengawal gula.
  • Random Blood Sugar (RBS): Pemeriksaan gula tanpa perlu berpuasa.Ia adalah ujian rawak bagi mengesan kandungan gula seseorang.Jika bacaan terlalu tinggi , ia bermakna pesakit mungkin menghadapi diabetes. Namun ia bukan ujian pengesahan untuk mendiagnosa seseorang itu mengalami diabetes.
  • Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) : Ujian pemeriksaan gula bagi membuat diagnosis diabetes dikalangan wanita hamil dan orang biasa.Pesakit akan diminta untuk minum air gula.Pemeriksaan darah dilakukan sebelum dan selepas minum air gula.

BACAAN GLUCOSE YANG NORMAL 

Bagi Fasting Blood Sugar (FBS) :

Bagi Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) :
* Bacaan ini untuk orang biasa (bukan wanita hamil) .Pemeriksaan darah selepas 2 jam meminum 75 gram air glucose.


Bacaan glucose yang normal dalam darah ialah kurang dari 5.5mmol/L,apabila seseorang itu berpuasa dan kurang dari 7.0 jika diuji 2 jam selepas makan.Selepas 3 jam kandungan glucose akan
turun kurang dari 6.0mmol/L

Jika glucose melebihi bacaan ini,selalunya akan menyebabkan komplikasi mata,buah pinggan dan jantung.Oleh itu bacaan gula yang baik haruslah kurang 5 mmol/L sebelum makan dan kurang 6 mmol/L selepas makan. 

USAHA PENCEGAHAN KENCING MANIS

date:day : 10 ogos'14:ahad

:: bismillah ::

Alhamdulillah dengan izinNya masih dberi peluang untuk bersiaran hari nie...
Tajuk sharing hari nie pasal Kencing Manis. tak cerita pasal orang lain tapi nak cerita pasal ayah sendiri..

Lebih 20 tahun lebih dah ayah mengidap sakit jantung.. so far dah sihat sikit tapi masih bergantung pada ubat juga. Ubat bawah lidah memang awjib bawa ke mana saja. itu atas arahan doktor. Setiap bula kena checkup, amek darah semua... Tapi alhamdulillah ayah masih lagi mampu keluar untuk berniaga walaupun tak se aktif peniaga lain.. (^_^).

Baru2 nie, p cek doktor sahkan dia ada sikit kencing manis... tak dak ikhtiar apa lepas tu, dia pown ambik ubat apa2 untuk kencing manis. Selang berapa bulan dia nak p klinik cabut gigi. Sebelum cabut depa kena periksa dulu ada penyakit serius ke tak. Bila cek tahap kencing manis dia tinggi.. dari 9 naik 11. so doktor memang tak bagi cabut gigi.

OK. sesi mak beleter... ada supplement tapi tak mau makan. la dah tinggi kan ? heehee..
start esok pagi.. sampai ke pintu kereta mak shake ESP untuk ayah... minggu nie ayah kena p cek darah semula. harapan kami paras gula dalam darah dia berkurang.

ESP SHAKLEE 
- Membantu mengekalkan paras gula normal dalam darah



GLA COMPLEX 
- Mengimbangi hormon insulin dan menurunkan paras kolestrol

BANTU KURANGKAN KEPUTIHAN

15minit berbaki sebelum punch card... hari nie nak kongsi berkenaan KEPUTIHAN yang di alami oleh kebanyakkan wanita , gadis remaja juga wanita hamil.

Keputihan nie normal jika ianya tidak berbau , cuma keluar cecair yang tak bewarna dan tidak rasa gatal.Tapi keputihan yang berpenyakit adalah keputihan yang berwarna agak kekuningan dan berbau serta gatal di bahagian sulit.

Selalu sangat ingatkan setiap kali saya post di fb pasal rawatan keputihan dengan Alfalfa.Jangan ambil mudah jika anda mengalami masalah keputihan melampau nie.Tahukah anda , masalah keputihan adalah disebabkan jangkitan kulat. Jika ia tidak di rawat , ia akan menyebabkan kuman2 merebak ke organ2 dalaman kita yang lain.

Bagi wanita yang dah berkahwin ia berisiko untuk anda susah hamil . Juga memberi kesan kepada organ seksual lelaki yang mengalami kegatalan dan kemerahan.

Sekarang anda dah tahu kenapa pentingnya Alfalfa Shaklee nie untuk masalah keputihan ?

Mari kita tengok pula apa feedback pengguna Alfalfa yang menghidapi masalah nie.

TESTIMONI 1


TESTIMONI 2



Vitamin Bahaya Untuk Wanita

[ Vitamin Ajaib Wanita ]

Bak kata Si Manis Apple semalam GLA COMPLEX = VITAMIN AJAIB WANITA

Tapi ia bukanla bermakna kaum lelaki dilarang untuk mengambil GLA Complex nie... GLA nie bagus tau untuk memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

Kenapa digelar VITAMIN AJAIB WANITA ?
Dalam GLA terdapat kandungan berikut :


 Borage Seed 
Ekzema, Dermatis, Neuropati diabetis, masalah payudara, PMS, rheumatoid arthritis, darah tinggi, kesihatan kulit, keradangan, kulit kering, menstabilkan hormon wanita

 Minyak Bunga Matahari
Antioksidan, menyihatkan jantung, sumber tenaga, mmbina sel baru, melembabkan kulit, mencegah asma, membaiki sel rosak

 Vitamin E
Tinggi antioksidan, melindungi jantung, meningkatkan reproduktif(kesuburan), antipenuaan, meningkatkan tenaga, mengurangkan paru, menyingkirkan radikal bebas, mengurangkan kesan jeragat

Kesemua kandungan yang terdapat di dalam GLA Copmplex nie banyak 
☛ membantu mengawal masalah masalah kesihatan wanita, ☛ mengawal masalah masalah kesihatan wanita, ☛ menstabilkan hormon dan ☛ dapat menggebu dan mencantikan kulit...

so thats is why GLA ni orang gelar VITAMIN AJAIB WANITA


AWAS ! IA BAHAYA UNTUK WANITA .

Menjadi harapan untuk setiap wanita punya kulit muka yg manis2 yg gebu2 untuk tatapan suami kan . Nanti bila keluar g jejalan tanpa suami sure kena ngorat nie.. Suami pulak lepas nie... confirm asik melekat ja kat si isteri.. 

Untuk yang nak mendirikan rumah tangga... cepat grab GLA nie.. untuk nampak beseri2 waktu bersanding nanti. 

Anda ingin mencuba kehebatan penangan GLA COMPLEX hari ini ?



Pertanyaan & Pesanan
----------------------------------------
Hubungi kami ---------------> Norhada Azhar | 017.590.4238 | Pengedar Sah Shaklee
                        ---------------> Wakit Jualan Jitra

# SIHAT Jasmani SIHAT Rohani #


[ SENGGUGUT & PERIOD TAK TERATUR ]

BAGAIMANA SENGGUGUT TERJADI ? 

Senggugut nie terjadi disebabkan kontraksi dan pegecutan otot rahim yang berlebihan ketika datang haid.
Pengecutan ini berlaku disebabkan oleh hormon yang kita kenali sebagai PROSTAGLANDIN.

Untuk makluman , sewaktu kita datang haid , dinding di dalam rahim kita menebal sebagai persediaan untuk terjadinya hamil. Sekiranya tidak terjadi proses pembenihan oleh sperma , maka akan berlakulah kemerosotan terhadap ketebalan dinding rahim tersebut.

Lapisan tisu yang tebal itu akan dihancurkan oleh tubuh secara biologis . Kematian sel-sel ini secara lansung akan menghasilkan hormon PROSTAGLANDIN . Kadar hormon ini sangat tinggi ketika datang haid. Namun tak semua orang akan alami rasa sakit sehingga menggangu aktiviti harian .

Komstraksi yang disebabkan oleh Prostaglandin sangat penting untuk memastikan rahim bersih daripada sel-sel  yang mati tadi. Tetapi kadar Prostaglandin yang terlalu tinggi boleh menybabkan berlakunya senggugut terhadap sesetengah wanita.


CADANGAN SUPPLEMENT UNTUK MEMBANTU MASALAH SUNGGUGUT


*** GLA COMPLEX ***
Kandungan yang terdapat di dalam GLA COMPLEX dapat membantu mengawal selia Estogen dan Testosteron iaitu GLA membentuk Prostaglandin untuk mengawal hormon bagi lelaki dan wanita.
Memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan , swing mood , ritensi air dan sakit payudara.

Dengan pengambilan supplement ini mungkin sedikit sebnyak dapat memberi keselesaan ketika datang bulan serta menghilangkan simptom PMS. 


TESTIMONI GLA COMPLEX


SENGGUGUT & PERIOD TAK TERATUR

SENGGUGUT & CYST


*** B-COMPLEX ***
Vitamin B5,B6 & B12 sangan membantu untuk masalah senggugut. Bertindak sebagai ubat penenang... juga pengganti PARACETAMOL a.k.a panadol. 


*** OSTEMATRIX ***
Sebelum kitaran haid bermula, paras kalsium akan menurun menyebabkan gangguan emosi. Bekalan kalsium tambahan dapat mengurangkan turun naik emosi ketika haid. 

keep smile (>_<)
‪#‎salamaidilfitri‬
-------------------------------
Norhada Azhar | 017.590.4238 | Pengedar Sah Shaklee
Wakil Jualan Jitra, Kedah
# SIHAT Jasmani SIHAT Rohani #

SELAMAT HARI RAYA & OGOS

Assalamualaikum w.b.t


:: bismillah ::.


Alhamdulillah 3 ogos 2014... masih dalam mood raya... raya raya jugak kesihatan jangan di abaikan... minggu nie saja tak terkira berapa banyak open house kan kan ? heehee... jangan lupa cegah sebelum terkena... (^_^) boleh rujuk saya untuk konsultasi PERCUMA ...

ok lah ! sebelum terlupa... nak bagitau.. bulan nie nak promo GLA COMPLEX... nak tau GLA untuk apa ? jangan lupa terus follow hada selalu ya.. banyak info menarik pasal GLA COMPLEX nie tau !! 



untuk yang dah booking GLA bulan lepas.. haaaa nie peluang anda dapatkan dengan harga promo.. memang MELETOPSS !




Keep smile (>_<)
#salamAidilfitri#

----------------------
Norhada Azhar | 017.590.4238 | Pengedar Sah Shaklee 

# SIHAT Jasmani SIHAT Rohani #

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA
Copyright to IbuHadifBiz.Com
Designed by UMIESUEstudio 2015