BAYAM Boleh Cantik, Sihat & Bebas Jerawat


BAYAM HIJAU

MANFAAT Sayur Bayam Untuk KESIHATAN .


1- Anti Kanser 
Sayur bayam sekurang-kurangnya mempunyai 13 sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksida dan agen anti kanser. Kajian mendapati bahawa ekstrak sayur bayam mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut,mengurangkan kanser kulit, dan juga mengurangkan kanser payudara,ovari dan prostat.

2- Menguatkan Tulang
Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200% nilai vitamin K.Vitamin ini amat penting dalam mengekalkan kesihatan tulang.Selain Vitamin K, sayur bayam juga mempunyai kandungan pembina tulang seperti kalsium dan magnesium yang berkhasiat kepada sesiapa yang memakannya.

3- Menjaga Kesihatan Jantung
Vitamin A dan C bertindak sebagai antioksidan untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan.Khasiat ini juga membantu kolestrol daripada melekat dan terbentuk dalam saluran darah.Folat dan magnesium dalam bayam adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit jantung.

4- Mengelakkan Tekanan Mental
Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati,dengan hanya memakan tiga hidangan sayuran hijau setiap hari, ia mampu memperlahan kan kemerosotan mental yang disebabkan oleh peningkatan usia.

5- Menguatkan Penglihatan
Zat yang terkandung didalam sayur bayam seperti lutein dan zeaxanthin juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan bertindak sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan sinar ultra ungu yang membawa kepada masalah mata tersebut.

6- Penambah Darah
Bayam yang telah dimasak juga merupakan sumber zat besi,mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat haid kerana pada ketika itu,wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

7- Menjaga Bayi Dalam Kandungan
Khasiat bayam juga dikatakan dapat membantu perkembangan saraf dan menghindarkan daripada berlakunya bibir sumbing pada bayi.Malah Vitamin A yang ada pada sayur bayam amat diperlukan bagi pembentukan sel paru-paru bayi dalam kandungan.

MANFAAT Sayur Bayam Untuk KECANTIKAN .

1- Menyembuhkan Jerawat
Sayur bayam terbukti efektif membersihkan jerawat dan menjaga kesihatan kulit kerana ia mengandungi Vitamin A dan Vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan yang melawan pertumbuhan bakteria penyebab jerawat.

2- Sebagai Pelindung Dari Sinar UV
Kandungan Vitamin B dalam sayur bayam akan melindungi kulit dari sinar ultra violet.Sekaligus mengelak daripada kulit rosak akibat sinar matahari dan juga kanser kulit.

3- Memperbaiki Struktur Kulit
Bayam merupakan sumber Vitamin A dan C yang sangat tinggi.Vitamin A berfungsi untuk mencerahkan warna kulit manakala Vitamin C berperanan penting dalam memperbaiki sel-sel kulit. 

Amalkan makan sayur bayam setiap hari untuk kulit yang cantik berseri-seri.
Malas nak makan bayam setiap hari ? Apa kata ambil sebiji Vitamin E sebagai makanan tambahan anda setiap hari.


 
Kandungan didalam sebiji Vitamin E 

Antara garis panduan memilih Vitamin E adalah : 
- Pilih Vitamin E yang bersumber semulajadi (boleh lihat pada label..ada huruf "d" kecil 
(d-alfa-tocopherol) menunjukkan ia daripada sumber semulajadi.
Manakala hurul "l" atau "dl" menunjukkan ia sumber tiruan atau kimia )

- Cari perkataan mixed tocopherol dalam label
- Pilih Vitamin E yang beserta selenium

Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan.

Inginkan maklumat lanjut bekenaan Vitamin E ? 
Segera dapatkan konsultasi PERCUMA dari saya :

Norhada | 017.590.4238
Pengedar Sah Shaklee Utara
fb : Norhada Azhar

No comments:

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA
Copyright to IbuHadifBiz.Com
Designed by UMIESUEstudio 2015