Kelas Makanan Terbaik Untuk Wanita

Kaum wanita memerlukan penjagaan makanan dengan teliti bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan tenaga dikala usia yang semakin lanjut.

Keperluan kepada golongan wanita yang bekerjaya dalam mempersiapkan diri dengan kecantikan diri.




Antara makanan Kesihatan Wanita adalah :

1) Protein soya – Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijirin bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Pratikkan untuk mengambil sekurang – kurangnya 25 gram protein soya setiap hari.

2) Bijirin penuh  – Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya dialami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, roti gandum, dan barli.

3) Makanan tinggi folat  -Makanan tinggi kandungan folat yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk janin. Pastikan anda mengambil sekurang – kurangnya 400 mikrogram (mcg) setiap hari.

4) Jus kranberi  – Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah anda jus kranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing. Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

5) Air – Air adalah penting untuk semua proses metabolik dalam badan, Ia juga membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam badan anda mencukupi.

6) Sayuran hijau  – Sayuran hijau menyediakan nutrien dan serat yang penting untuk badan. Kata orang – orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak khasiatnya. Cuba makan sekurang – kurangnya tiga hidangan setiap hari.

7) Makanan penuh Vitamin C – termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di samping menyumbang kepada kesihatan menyeluruh, buahan – buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan telah dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung kronik.Makan dua hingga tiga hidangan (atau lebih) buah – buahan ke dalam rutin diet anda. Sekurang – kurangnya anda akan memiliki 75 miligram Vitamin C setiap hari.

No comments:

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA
Copyright to IbuHadifBiz.Com
Designed by UMIESUEstudio 2015