CARA PENYUSUAN (Bagi Ibu Bekerja)


Assalamualaikum...

Alhamdulillah hada baru saja lepas melahirkan baby ke-2, 2 bulan yang lepas.
Sekarang dah start bertugas. Nak cerita masa anak sulong dulu hada tak tau sangat pasal kelebihan fully breastfeeding nie. Dan hada tak tau betapa nikmatnya menyusu baby nie...

Patutla anak sulong tak rapat dengan hada,dia rapat dengan mak tok dia lagi seba dia lebih banyak waktu dengan maktok dia.. Pastu mak cakap kalau nak bagi anak rapat dengan kita, sepatutnya kita kena menyusukan dia.Baru terasa chemistry anak tu dengan kita.

Hada dengan anak yang sulong tu bukanlah tak rapat lansung cuma dia lebih manja dengan maktok dia ja.Apa-apa dia akan minta dengan maktok dia.

So, bila disahkan hada mengandung lagi baru2 nie hada cuba set dalam minda, anak ke-1 nie hada nak menyusu sepenuhnya. Tapi macam mana cara nya ? Boleh kah ? sebabnya hada nie bekerja.?
Jadi hada start lah mengoogle bagaimana cara penyusuan bagi ibu2 yang bekerja nie...

Meh hada kongsikan sikit yang hada baca dari entri sahabat2 kita... semoga dengan perkongsian dia, rezeki nya akan bertambah.Aminn...

Kalau dulu hada lebih cenderung untuk bagi anak susu formula. Tapi sekarang kesedaran tentang kepentingan susu ibu mula meningkat dengan begitu mendadak.

MANFAAT MENYUSU ANAK SECARA EKSKLUSIF

Kelebihan Kepada Anak >> anak sihat,antibodi tinggi,cerdas,cerdik,tidak gemuk dan cukup zat untuk membesar.

Kelebihan Kepada Ibu >> maintain berat badan,sihat tubuh badan & perancang keluarga terbaik

BAGAIMANA IBU BEKERJA MAMPU MENYUSU ANAK SECARA EKSKLUSIF ? 

Ibu-ibu boleh menggunakan pam. Samada pam manual atau pam elektrik.Ikut bajet masing-masing.

hada guna pam manual ja heehee.

PERALATAN YANG WAJIB ADA UNTUK SESI MENGEPAM


  • Storage Bottle - Untuk menyimpan susu perahan
  • Ice Pack - Untuk menyejukkan susu yang di dalam storage bottle sepanjang waktu bekerja ( jika di pejabat ada peti ais boleh masukkan sementara di situ. Jadi ice pack nie boleh guna masa perjalan balik kerumah supaya susu sentiasa dala keadaan     sejuk )
  • Cooler Bag - Tempat simpanan sementara susu perahan bersama ice pack tersebut.
Pastu kita kena ada pulak jadual pengepaman. Hada selalunya akan perah time pagi sebelum masuk keja. Kemudian 1 jam sebelum lunch hour. 1 jam selepas waktu lunch kemudian time sampai rumah lepas waktu bekerja... 

Alhamdulillah setiap kali pengepaman hada akan dapat 5oz... (^_^)

p/s : Kalau anda rasa susu anda tak banyak anda boleh dapatkan suplement tambahan untuk meningkatkan tenaga dan kesihatan yang elok untuk penghasilan susu ibu yang lebih banyak. 

Boleh contact hada / fb Norhada Azhar 

CARA PENGURUSAN EBM

Perlu diingatkan, pengurusan EBM adalah perkara terpenting terutamanya : 

  • cara penyimpanan EBM
  • cara cairkan EBM
  • cara panaskan EBM
  • dan apa saja yang berkaitan EBM
Jangan ambil mudah perkara nie.Kecuaian ibu akan mempengaruhi kualiti EBM.
Kita nakkan yang terbaik untuk anak kan ? 

Berikut adalah susunan susu ibu mengikut gred :

  • GRED 1 >> hisapan terus daripada payudara ibu
  • GRED 2 >> fresh EBM (susu yang diperah dan diletakkan dalam chiller
  • GRED 3 >> frozen EBM (susu yang telan dicairkan setelah disimpan dalam freezer)
Walaupun GRED 3 , tapi tiada susu lain yang mampu menandingi kehebatan khasiat susu ibu nie. Susu ibu adalah yang terbaik.


No comments:

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA
Copyright to IbuHadifBiz.Com
Designed by UMIESUEstudio 2015