Air Kosong Untuk Tubuh

Editorial PaMa
December 24, 2012


Air adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam tubuh. Badan kita terdiri daripada 60 peratus cecair manakala organ terpenting dalam tubuh iaitu otak pula mengandungi 75 peratus air. Lihat betapa pentingnya air pada tubuh kita dan perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda juga menjadi cergas dan bertenaga.
Pengambilan air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh. Air amat penting dan mempunyai pelbagai berfungsi penting dalam menjana tubuh badan yang sihat dan cergas. Antara fungsinya ialah: 
  1. Untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.
  2. Air berperanan untuk memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.
  3. Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.
  4. Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.
  5. Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
  6. Selain itu, air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.
Bagaimana untuk mengetahui berapa jumlah air yang perlu diminum? Ada pendapat yang mengatakan lapan  gelas sehari adalah mencukupi tetapi adakah ia benar? Cuba dapatkan jumlah yang perlu anda minum dengan menggunakan formula pengiraan berikut:

Sebanyak satu liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.
Contohnya, katakan berat badan anda ialah 75 kg, maka pengiraannya ialah:
25 kg= 1 liter
75kg ÷25kg =3 liter
Maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah tiga liter.


No comments:

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA
Copyright to IbuHadifBiz.Com
Designed by UMIESUEstudio 2015