Komunikasi Secara Berkesan

:: Bismillah ::

Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak dalam usia 3 tahun dan ke atas, tentu memahami betapa sukarnya mengawasi tingkah laku kanak-kanak ketika ini.Peringkat umur 3 tahun adalah peringkat usia "nakal" kanak-kanak. Sifat ingin tahu dan ingin mencuba sangat giat berkembang waktu nie.

Sebagai ibubapa, kita menginginkan anak-anak yang dengar cakap, tak nakal atau susah untuk dikawal.Dalam usaha kita memainkan peranan sebagai ibubapa yang bertanggungjawab,kadangkala kita tersilap dari segi kaedah menegur anak-anak.Akhirnya,niat baik kita bertukar menjadi mimpi buruk.

Kesilapan yang sering kita lakukan ialah :

1- Menegur anak-anak menggunakan ayat2 yang negatif.

Contoh ayat : Kenapalah awak nie nakal sangat ?

Kritikan sedemikian yang sentiasa diulangi oleh kita sebagai ibubapa boleh menjadi kenyataan.Kerana apa yang kita sebutkan hari2 umpama DOA yang termakbul.Dari segi psikologi,kritikan yang negatif akan membentuk minda yang positif.Jadi jangan salahkan mereka,jika mereka benar2 nakal.

2-Menegur secara berulang-ulang  tanpa memastikan anak-anak mengikut arahan yang diberikan

Contoh : Menegur anak supaya berhenti menonton tv dan segera bersolat, tanpa memastikan anak membuat apa yang disuruh.
Teguran yang sama banyak kali akan menjadi satu leteran.

Teguran yang berkali-kali tanpa merubah  tingkah laku anak-anak membawa keda 2 kesan yang besar .

  • Mungkin anak-anak akan benci leteran ibubapa
  • Kurang sifat hormat anak-anak terhadap ibubapa
3.Konsisten dalam menegur kesilapan anak-anak
Contoh : Harini tegur jangan main mancis,jika esok didapati anak masih bermain,kita wajib menegurnya juga.

Teguran yang tak konsisten akan menyebabkak anak-anak keliru.Semalam tak boleh,harini boleh pulak !

4- Mengugut atau mengancam anak-anak

Anak yang selalu diugut semasa proses pembesaran akan menyebabkan dia seorang yang penakut kelak.Kemungkinan besar,dia pulak yang jadi tukang ugut.Kerana kebiasaannya anak akan mengikut tingkah laku penjaganya. 

5-Doa dan tawakal

Setelah pelbagai cara kita usahakan dalam mendidik anak-anak,sentiasala berdoa kepada Allah agar mengubah hati dan tingkahlaku mereka. Letakkan pengharapan kepada Allah s.w.t,kita mampu mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah.

No comments:

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA
Copyright to IbuHadifBiz.Com
Designed by UMIESUEstudio 2015