Apa Itu POWER PUMPING

Alhamdulillah dapat lagi ilmu baru harinie... terima kasih kawan-kawan dari group Titian Emas Ibu2 Utara.. saya baru join group nie semata-mata nak lebih faham pasal ilmu breastfeeding nie. Memandangkan saya dah berazam anak ke2 nie nak fully bf sampai 2 tahun.InsyaAllah semoga diizinkan Allah.

POWER PUMPING memang 1st time dengar nie.. tertanya-tanya juga awal tu apa benda.. dan sekarang dah dapat jawapan nya. 

POWER PUMPING adalah salah satu teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.Ianya cara mengepam yang biasa tapi dengan teknik tertentu.Ideanya ialah untuk meniru cara bayi menyusu.

BAGAIMANAKAH CARA POWER PUMPING ?
  • SINGLE PUMP : Pam payudara sebelah kanan selama 10 minit, kemudian pam payudara sebelah kiri selama 10 minit.Ulangi mengepam payudara sebelah kanan selama 10 minit, dan ulangi secara berselang-seli antara payudara sebelah kanan dan kiri berterusan selama 1jam.
  • DOUBLE PUMP : Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, kemudian rehat selama 10 minit dan pam semula 10 minit rehat 10 minit berterusan selama 1 jam.

WAKTU YANG SESUAI BUAT POWER PUMPING
Boleh dibuat pada bila-bila masa tetapi waktu terbaik adalah dari tengah malam sehingga subuh kerana hormon yang meransang susu, paling banyak dihasilkan pada waktu ini dan ibu juga kurang stress pada waktu ini.Jadi hormon oksitosin senang disingkirkan.


SIAPA YANG PERLUKAN POWER PUMPING 
  • Ibu yang kekurangan susu : punca kekurangan susu seperti "menstrual cycle", hormon tak stabil,emosi terganggu, dll.
  • Ibu yang menyusukan anak angkat :  teknik ini digunakan untuk meransang penghasilan susu.
  • Ibu yang relaktisi/ ingin menyusu semula anak setelah lama berhenti menyusu.

CARA MENYIMPAN HASIL PERAHAN
Pastikan hasil perahan disimpan dalam suhu yang sama.

Susu perahan dari 3x perahan tersebut mestilah disejukkan dahulu dalam peti sejuk dibahagian bawah.

Setelah suhu sama barulah combinekan dalam 1 botol dan simpan dalam deep frezer.

BERAPA LAMA BARU NAMPAK HASIL 
Setiap orang adalah tidak sama.Ada yang beberapa kali buat dah nampak perubahan ketara tetapi ada juga yang agak lambat. Tapi dalam masa seminggu akan nampak perubahan ketara. Jadi ibu-ibu hendaklah sentiasa bersabar dan "keep on pumping" jangan mudah give ups.Lakukan demi baby ouls.Fikir perkara yang positif itu penting tapi jangan ingat buat sekali terus susu mencurah banyak. Mungkin di awal pengepaman ada yang keluar angin saja,, teruskan usaha + doa dan tawakal.

DAH BUAT POWER PUMPING TAPI SUSU MASIH SEDIKIT 
Tidak dinafikan masih ada ibu2 yang sudah berusaha tapi penghasilan susu masih sedikit. Kenapa ? Recheck balik diri uols : 

  • Ada ambil pemakanan seimbang ?
  • Ada minum air 3Liter dalam masa 1 hari tak ?
  • Selalu rasa kurang tenaga, badan tak sihat dan selalu penat
  • Emosi tak stabil sentiasa fikir perkara negatif
ok, untuk ibu2 yang mengalami masalah seperti ini saya cadangkan anda perlu mengambil supplement bagi membantu menampung keperluan zat2 yang diperlukan oleh badan anda. Zat yang cukup untuk tubuh sangat penting bagi penghasilan susu yang banyak.

Seperti kehidupan seharian kita sekarang.. Kalau kita tak makan atau minum, agak2 kita boleh hidup lama tak ? boleh hidup tapi dalam keadaan tak bermaya, letih, lemah. Jadi kita perlukan tenaga. Dari mana nak dapatkan tenaga ? Mesti dari makanan kan ? 

CADANGAN SUPPLEMENT

ESP -Energizing Soy Protein

Ekstrak soya non-GMO - diproses dengan air ( bukan dari bahan kimia) bagi mengekalkan kualitinya. 
Membantu membentukkan sel-sel badan yang sihat agar dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik.Jika sel tubuh kita tak sihat, vitamin yang kita makan mengambil masa yang lambat untuk menyerap kedalam tubuh. So lambat  lah nampak kesan.


Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan supplement penting untuk boost penghasilan susu ibu kerana mempunyai 1001 khasiat.Turut membantu dalam memekatkan susu serta menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza.Bergantung kepada keperluan si ibu. Dapatkan konsultasi dari pengedar anda.


Untuk sebarang pertanyaan & pesanan
Hubungi :
-----------------------------------
Norhada Azhar | 017.590.4238 | Pengedar Sah SHAKLEE

# SIHAT Jasmani SIHAT Rohani #


No comments:

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA
Copyright to IbuHadifBiz.Com
Designed by UMIESUEstudio 2015