DAH UJI BACAAN GULA DALAM DARAH ?


| Kencing Manis |

" Penyakit kencing manis dikenali sebagai diabetes mellitus.Ia adalah penyakit yang disebabkan oleh masalah pengeluaran insulin oleh organ pankreas samada ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin dalam badan. "

Ujian pemeriksaan glucose dalam darah adalah penting bagi pesakit diabetes. Glucose yang terhasil dari penghadaman makanan berkarbohidrat,menjadi sumber utama tenaga dalam badan. Insulin yang dikeluarkan dari organ pankreas membantu tubuh menggunakan glucose ini bagi menghasilkan tenaga.

Biasanya kandungan glucose dalam badan akan meningkat sedikit selepas makan, lalu menyebabkan pankreas mengeluarkan insulin bagi mengawal kandungan gula.Tahap kandungan gula yang tinggi akan merosakkan mata,ginjal,saraf dan saluran darah.

JENIS PEMERIKSAAN GLUCOSE YANG DIJALANKAN


  • Fasting Blood Sugar (FBS) : Pemeriksaan glucose ketika berpuasa. Ia adalah pemeriksaan yang dijalankan apabila seseorang itu tidak mengambil apa-apa makanan sekurang-kurangnya 8 jam.
  • 2 Hour Postprandial Blood Sugar (2HPP)Pemeriksaan glucose 2 jam selepas mula makan. Ia akan menguji keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin bagi mengawal gula.
  • Random Blood Sugar (RBS): Pemeriksaan gula tanpa perlu berpuasa.Ia adalah ujian rawak bagi mengesan kandungan gula seseorang.Jika bacaan terlalu tinggi , ia bermakna pesakit mungkin menghadapi diabetes. Namun ia bukan ujian pengesahan untuk mendiagnosa seseorang itu mengalami diabetes.
  • Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) : Ujian pemeriksaan gula bagi membuat diagnosis diabetes dikalangan wanita hamil dan orang biasa.Pesakit akan diminta untuk minum air gula.Pemeriksaan darah dilakukan sebelum dan selepas minum air gula.

BACAAN GLUCOSE YANG NORMAL 

Bagi Fasting Blood Sugar (FBS) :

Bagi Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) :
* Bacaan ini untuk orang biasa (bukan wanita hamil) .Pemeriksaan darah selepas 2 jam meminum 75 gram air glucose.


Bacaan glucose yang normal dalam darah ialah kurang dari 5.5mmol/L,apabila seseorang itu berpuasa dan kurang dari 7.0 jika diuji 2 jam selepas makan.Selepas 3 jam kandungan glucose akan
turun kurang dari 6.0mmol/L

Jika glucose melebihi bacaan ini,selalunya akan menyebabkan komplikasi mata,buah pinggan dan jantung.Oleh itu bacaan gula yang baik haruslah kurang 5 mmol/L sebelum makan dan kurang 6 mmol/L selepas makan. 

No comments:

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA

SERTAI KAMI JANA INCOME 2,3,4,5 ANGKA
Copyright to IbuHadifBiz.Com
Designed by UMIESUEstudio 2015